Wordwall Quiz– Multiplication Mine
19 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Pasoh 3 telah menjalankan kuiz wordwall (Multiplication Mine) kepada para pelajar sekolah rendah menggunakan laman sesawang Wordwall. Kelas ini dijalankan untuk menguji tahap ketangkasan matematik para pelajar mengira sifir dengan tepat. Pelajar juga dapat memilih jawapan berdasarkan soalan dan dapat menyemak jawapan setelah menjawab soalan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: